Monday, 18 April 2011

[Inspiring] kumpulan kata2 mutiara

Kita jarang ingat dengan apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa dengan apa yang dimiliki orang lain.
Quote:
Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan. Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.
Quote:
Langkah untuk sukses adalah mengejarnya dengan konsisten.
Quote:
Apabila Anda mampu membalas lawan, jadikan-lah maaf sebagai ungkapan syukur atas kemampuan Anda membalas.
Quote:
Kehidupan seorang pemberani ialah pada saat matinya, dan kematian seorang pengecut pada saat hidupnya.
Quote:
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber ilmu, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu musiknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu dasar kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kesuksesan, menyediakan waktu untuk bercanda kerana bercanda itu akan membuat selalu muda dan menyediakan waktu beribadah kerana beribadah itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Quote:
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Quote:
Aku tidak pernah menyesal atas kata-kata yang tidak pernah aku ucapkan, tetapi aku kerapkali menyesali ucapan-ucapan yang pernah aku lontarkan.
Quote:
Jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut, jika anda bermusuhan dengan sahabat anda bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.
Quote:
Kesalahan adalah portal menuju suatu penemuan.
Quote:
Barangsiapa terlalu baik sangka kepada semua orang, maka akan banyak penyesalannya.
Quote:
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain.
update gan

Quote:
Perhatikan yang anda pikirkan, itulah yang akan menjadi kata-kata. Perhatikan kata-kata Anda, itulah yang akan menjadi tindakan. Perhatikan tindakan Anda, Itulah yang akan menjadi karakter. Perhatikan karakter anda, Itulah yang akan menjadi nasib/takdir.
Quote:
Awal mula menuntut ilmu, diam. Yang kedua, mendengar dengan tekun. Yang ketiga, faham dan hafal. Yang keempat, mengamalkannya, yang kelima, menyebarluaskannya.
Quote:
Orang yang mengetahui dirinya telah berdusta, dia tidak akan percaya kepada orang yang jujur.
Quote:
Keadaan tidak berubah. Kitalah yang berubah.
Quote:
Banyak orang memiliki rencana besar tetapi tidak menjadi kenyataan. Alasannya adalah begitu banyak orang yang memiliki rencana besar tetapi gagal menepati janji-janji kecil mereka.

No comments:

Post a Comment